PROFIL PENULIS


Iwan Reaz atau nama sebenarnya Ridzuan Mohd Ghazali berasal dari Kajang, Selangor. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Sains Aktuari dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Kini, bertugas sebagai Penolong Pengurus di sebuah agensi berita.

Sejak 2009, Iwan telah menulis 20 buah buku dan 13 buah buku antologi. Iwan juga aktif menulis puisi dan cerpen secara eceran dalam majalah dan akhbar tempatan. Pernah menjadi penulis skrip animasi Dan Den Don yang ditayangkan di TV Al-Hijrah dan menulis secara sambilan ruangan Jelajah Alam dalam majalah Gen-Q.

Iwan aktif mengendalikan Bengkel Penulisan Kreatif dan Taklimat Motivasi Remaja Cemerlang di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. 

Pernah memenangi Hadiah Penghargaan Kategori Puisi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2016 untuk puisi bertajuk 'Siapa Sudi Membina Kubu Denganku?' 

Pada tahun 2012, novel 'Brr... Sejuknya Salji' telah terpilih untuk menerima Dana Karya Penulis Tempatan.
 

2 comments:

  1. Bro. Kalau saya nak beli buku ni ade lagi tak tahun 2018 ni. Dulu saya ade Baca kwn saya punya smpi skrg sy rasa karya bro ni terbaik. 0177017319

    ReplyDelete