Sunday, February 25, 2018

Kumpulan Cerpen: Hologram


Buku terbitan BUKU PURIS ini sesuai untuk pencinta karya fiksyen berorientasikan seram dan misteri. Buku HOLOGRAM oleh penulis muda IWAN REAZ perlu anda miliki.

Membawakan 14 buah cerita pendek yang memaparkan kejadian-kejadian aneh serta mengerikan hingga ada yang menemui ajal.

HOLOGRAM membawakan kisah seorang pemuda yang dapat melihat bilakah saat kematian setiap orang yang ditemuinya. Namun, dia tidak tahu bilakah saat kematian diri sendiri. Kenapa dia yang dipilih dan kenapa dia sahaja yang mendapat anugerah ini?

HUJAN pula memaparkan sisi aneh air hujan. Hujan ini membunuh. Titisan hujan telah merobek tubuh-tubuh manusia yang tidak sempat berlindung hingga hancur jasad mereka. Amaran apakah yang sedang ditunjukkan oleh alam ini kepada manusia?

ILHAM, cerita yang mengisahkan seorang penulis entiti paranormal yang sangat hebat. Kehebatannya dalam mengarang kisah-kisah misteri ini mungkin kerana ada makhluk lain yang bersembunyi dalam tubuhnya. Mungkin juga penulis buku ini, IWAN REAZ juga bukanlah dirinya yang sebenar.

Mustahil? Tak mustahil!

Selepas membaca HOLOGRAM, pasti anda akan temui jawapanya!

Kumpulan Puisi: Memotret Kenangan


"Dulu kita sepasang sayap
menongkah badai
bersilang tangan."

MEMOTRET KENANGAN memuatkan 51 puisi Iwan Reaz dan 2 puisi dedikasi kepada Along, abang kandungnya yang telah pergi.

Iwan Reaz merakamkan segala rindu, kasih, penghargaan, serta harapannya dalam rangkap-rangkap puisi sebagai satu potret kenangan yang tidak akan dihapus oleh masa.

* Al fatihah buat Shahrul Azim Mohd Ghazali

Kumpulan Cerpen: Suara Tanpa Bahasa


"Andai kau mahu menjadi yang terbaik pada setiap masa, nampaknya kau bakal kehilangan tempat tinggal. Kau akan sentiasa berpindah-randah. Ini kerana di mana-mana sahaja kau pergi, tentu ada makhluk lain yang lebih hebat daripada kau."

SUARA TANPA BAHASA membawa manusia belajar dengan alam. 12 kisah teladan di dalamnya membawa pembaca secara kreatif mendalami dunia haiwan tetapi dalam dimensi berbeza dan mengiktibarkan.

Buku: Philly Aku Culture Shocked!


"Stigma orang, Philadelphia tempat ramai samseng. Hitam. Banyak jenayah. Kau gila nak tinggal kat situ? Macam neraka dunia! Biar betul bro? Heh ... itulah yang aku nak ceritakan. Ini kisah aku dan Philly."

Novel: Goodbye New York


Raqiyah atau lebih dikenali sebagai Raqy, merupakan seorang anak Malaysia yang telah dibesarkan di New York selama hampir 12 tahun. Namun, dia terpaksa akur akan keputusan bapanya untuk kembali ke tanah air.

Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh Raqy sepanjang berada di Kampung Sungai Sentosa seperti:

- Cuaca yang sangat panas serta ketiadaan penghawa dingin.
- Ketiadaan kemudahan internet.
- Alatan teknologi dan gadget yang ketinggalan.
- Selera orang kampung yang gemar masakan pedas.
- Kumpulan Trio Queen!

Kedudukan Kumpulan Trio Queen sebagai kumpulan elit di sekolah tercabar dengan kehadiran beliau. Pelbagai cara telah dirancangkan oleh mereka untuk menjatuhkan Raqy. Akan tetapi, gadis kelahiran New York ini bukan mudah untuk menyerah kalah!

Novel: Diari Untuk Ibu


Tragedi 9 Disember yang dialami oleh Izz Akmal sekeluarga telah merampas kebahagiaan mereka. Ibunya, Puan Syamira, telah hilang dan dianggap sudah meninggal dunia.

Izz Akmal mencatat segala peristiwa yang berlaku dalam hidupnya di dalam sebuah diari. Dia berharap dapat menghadiahkan diari itu kepada ibunya kelak. Dia yakin ibunya akan pulang!

Izz Akmal semakin sedih apabila pernah melihat kelibat seorang wanita bersama ayahnya, Encik Syamsul, di bandar. Kemelut emosi Izz Akmal semakin memuncak apabila Encik Syamsul mengajak mereka sekeluarga bertemu dengan seorang wanita yang dipanggil sebagai Auntie Hana.

Siapakah Auntie Hana sebenarnya? Adakah dia bakal menggantikan tempat ibu Izz Akmal?

Novel: Brrr... Sejuknya Salji


Dahulu dia enggan mengikuti keluarganya berhijrah ke Amerika Syarikat. Namun, kerana salji, Syazwan mengubah pendiriannya. Walau bagaimanapun, satu demi satu kejadian yang berlaku menghalang Syazwan untuk bertemu dengan 'impiannya' itu.

Bukan itu sahaja, kelemahan Syazwan untuk berkomunikasi delam bahasa Inggeris telah menyukarkan kehidupannya di sana. Kakaknya, Ida Farzana, cuba untuk membantu Syazwan mengatasi masalah berkenaan. Kehadiran Colin Hicke yang ikhlas mahu menjadi sahabat Syazwan hanya menambah tekanan.

Syazwan merasakan bahawa dirinya telah diperdayakan. Apakah keseronokan bermain salji sekadar satu imaginasinya?

Novel: Hazim, Aizat & Muzik


Sejak kehilangan ibu bapa tercinta, Hazim memikul tanggungjawab untuk membesarkan adiknya, Aizat. Hubungan mereka berdua sangat rapat dan mereka selalu bersama. Walau bagaimanapun, Hazim telah membuat keputusan untuk menyambung pengajian di luar negara tanpa berbincang dengan adiknya terlebih dahulu.

Tindakan itu membuatkan Aizat memberontak.

Menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat bukan bertujuan mahu menimba ilmu akademik semata-mata, tetapi Hazim juga mahu mempelajari muzik yang berlainan melodi dan irama. Walaupun rindu pada adiknya, Hazim seolah-olah mendapat pengganti apabila bertemu dengan Joseph yang hampir sebaya dengan Aizat.

Di Amerika pula, Hazim berhadapan dengan pelbagai konflik yang muncul daripada banyak pihak.

Novel: Melodi Hati




Iwan yang merupakan seorang pelajar kolej, terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran setelah dia dan adiknya Syahmi, kehilangan ibu bapa. Bukan mudah baginya untuk menjadi seorang abang dan menggalas tanggungjawab menggantikan ibu bapanya, kerana beliau juga mempunyai komitmen lain sebagai seorang penggubah lagu dan penulis lirik. Beliau semakin mendapat perhatian melalui lagu 'Itulah Impianku'.

Syahmi bagaimanapun, masih terlalu muda dan nakal. Iwan sering menjadi usikan beliau sehinggalah istilah cinta disalah tafsirkan oleh Ziera. Keadaan bertambah tegang dengan kehadiran rakan lama Iwan iaitu Farah.

Sejauh manakah 'Sekaya, Seindah, Setinggi' yang diimpikan Iwan melalui lagu itu akan menjadi satu kenyataan?